Sunday 16 October 2011

XPDC...haha

Lama tidak pos 'update' untuk blog ini. Rasa bersalah pula dengan pensyarah. Haha. Tapi diri sendiri juga akan merana nanti.

Sehingga minggu ini, telah pun melalui kuliah dan lab untuk html, css dan javascript. Dan alhamdulillah telah 2 kali membuat perjumpaan kumpulan untuk projek web. Projek yang telah dipertanggungjawabkan ialah projek web untuk Surau Bangi Perdana. Dalam mesyuarat pertama, telah dibincangkan pelan pengurusan projek daripada awal hingga akhir. Dan dalam mesyuarat ke-2, telah dibahagikan tugas dan membincangkan kerangka asas web yang akan dibina nanti.





Pada hujung minggu baru-baru ini, dalam kesibukan sukem sempat juga melayari website w3schools. Cuba beberapa kali menukar template. Cuba juga memahami kod css dan javascript yang digunakan dalam template. InsyaAllah akan cuba dalam minggu ini untuk membuat percubaan menukar kod berdasarkan apa yang telah dipelajari.

Moga semangat terus membara. Huhu. Tiba-tiba teringat lagu XPDC pula.
Adios.

Tuesday 20 September 2011

Lab yang Pertama!

Ini adalah entri pertama untuk blog ini. Sebentar tadi baru sahaja memilih template dan memilih gadjet-gadjet yang dirasakan sesuai sebagai kerangka kepada blog ini.

Template yang dipilih ialah Awesome Inc. Black.

Gadjet-gadjet yang telah dipilih ialah:
Pages
Search Box
Link list
Newsreel
Text

...selain daripada yang telah ditambah secara automatik oleh blogger (Profile, Archive dan Followers).

Sebentar tadi cuba menambah gambar untuk dijadikan header's background tetapi tidak berjaya. Gambar telah dikecilkan secara automatik (shrink). Gagal di situ. Huhu. Ingin cuba mengubah saiz (width) tetapi agak pening dan keneneng melihat 'html coding' yang ada. Akan cuba kembali nanti.

Sekarang akan melayari http://www.allblogtools.com/ untuk mencari 'tool' untuk menambah-baik blog ini.